KESIAN SAMA NAJIB, MAHATHIR PUN MAHU JATUHKANNYA

Kasihan sungguh kepada PM kita Najib Razak, mantan bos beliau iaitu Tun M pun mahu jatuhkan beliau. Tun M sanggup berpanas dan berhujan sama-sama berhimpun dengan rakyat dalam himpunan aman BERSIH 4.0. Macam-macam yang Tun M kata pada Najib. Namun Najib buat 'dek' sahaja. 

Hari ini Tun M membuat serangan lagi kali ini beliau menyeru Ahli Parlimen BN menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen jika ada pihak yang mengusulkan demikian. Memang melampau betul Tun M ini. Anak didikan dia sendiri yang diajar dan diasuh olehnya, bila sudah pandai buat kerja macam Tun M pernah buat dahulu dia marah balik.

Untuk pengetahuan Tun M, semua yang Pak Lah dan Najib buat ini adalah kesinambungan dari apa yang Tun M lakukan dahulu. Semuanya lebih kurang sama sahaja cuma skrip dan pelakonnya sahaja berbeza.

Benarlah apa yang Allahyarham Ustaz Fadzil pernah katakan bahawa dia doakan Tun M panjang umur biar dia lihat sendiri kebobrokan dan kezaliman yang dia lakukan. Sekarang dia sendiri merasakan betapa sakit dan ngilunya perbuatan Najib kepada rakyat dan pembangkang. Lebih kurang sama sahaja perbuatan beliau dahulu. Anak didiklah katakan ...........


Hari ini bekas perdana menteri kita itu merayu kepada para MP BN agar menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Beliau menjelaskan, kerajaan BN akan tetap kekal walau MP berkenaan boleh menyokong undi tidak percaya kerana parti tersebut masih menguasai majoriti kerusi di Parlimen.
Katanya, langkah itu perlu dilakukan untuk membendung masalah yang kini terpaksa ditanggung oleh rakyat.
“Saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat Umno dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.
“Selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan," katanya.
Sekiranya tidak, Malaysia akan terus dipimpin oleh Najib, yang bergantung kepada rasuah untuk kekal berkuasa.
"Malaysia akan diperintah oleh seorang perdana menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata cash is king, 'wang tunai adalah raja'. Raja inilah yang disembah oleh Najib."
Mahathir turut mengingatkan para MP BN tersebut bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib mungkin untuk sogokan kepada pemimpin dan wakil rakyat.
Sementelahan pula, penjelasan mengenai asal-usul wang "derma" tersebut "tidak masuk akal"
"Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal," katanya.
Mahathir memberi amaran bahawa Najib akan memerlukan wang haram lebih banyak untuk terus kekal di tampuk kuasa.
"Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram," katanya dipetik dari portal Malaysiakini.

Comments