BARU 2 MINGGU DILAHIRKAN AMANAH DAFTARKAN 30,000 AHLI

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, sehingga semalam seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu.
“Nombor satu ahli paling banyak mendaftar ialah Negeri Kelantan, diikuti Johor dan Selangor. Kelantan menyaksikan penyertaan ahli paling ramai dengan 7,000, Johor 5,000 dan Selangor 4,000 orang.
“Parti ini menolak minda bergaris keras. Ia dapat permintaan dari orang bukan Islam juga,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Parti Amanah Negara di Shah Alam.
Parti Amanah Negara dibentuk oleh kumpulan progresif dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti PAS, Jun lalu.
Sementara program pelancaran AMANAH semalam mendapat perhatian ramai apabila ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.
Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia.

Comments

Anonymous said…
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE
Anonymous said…
propa ok...tapi percaya propa sendiri...then masalah
Anonymous said…
...satu2 bala Tuhan bagi...terbaru Tuhan malukan pulak dgn log ciplak...kelakar...lepas ni apa pulak?
Anonymous said…
Amanah baru je belajar ciplak. Padanlah, parti yg munculnya drastikkan... PAS pula jangan tak tau, palagiat@ciplak juga bendera Jepun dan Bagladesh... Dari segi persoalan logo ni, sama je la Amanah dgn PAS ni...
Anonymous said…
Hal logo pun jadi persoalan maha besar kah?...
http://alhusseyn51.blogspot.my/2015/09/kalau-hati-dah-berpenyakit-dengan.html
Mazlan said…
Apa yang kau merepek ni setan