TAK HALANG AHLI HADIR - PAS PERLIS MATANG

PAS Perlis tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan kumpulan progresif yang digelar Gerakan Harapan Baru di negeri itu pada hari raya ketiga nanti.

Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli(kanan) berkata, beliau terbuka menerima kehadiran kumpulan tersebut dan tidak menghalang sekiranya terdapat ahlinya yang ingin menghadiri perhimpunan itu.

"Kita terbuka. Ini demokrasi. Kita tak akan halang, ahli boleh pergi. Tak ada masalah.

"Buatlah (perhimpunan), kita tak ada halangan dan tak akan larang ahli untuk hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang sekiranya terdapat ahli yang mungkin akan mengikut gerakan itu, ADUN Sangkang itu berkata, perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan rakyat kini cerdik dan boleh berfikir.

"Rakyat sekarang dah cerdik, mereka boleh fikir," katanya ringkas.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada perhimpunan itu, Shukri berkata: "Tengok keadaan," katanya sambil ketawa kecil.

Semalam, kumpulan Gerakan Harapan Baru bersama rakan dalam DAP dan PKR merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Kumpulan itu turut dikenali sebagai G18.

Gerakan gabungan baru itu akan bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terkubur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Perhimpunan itu merupakan yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti dan akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat tentang keperluan dan kepentingan gabungan itu.
~ Malaysiakini.
 
Comments

Anonymous said…
Teruklah Perlis,sebab hadi dan bagi warning ,siapa yang sokong G18 akan dibuang dari Pas,Habislah negeri perlis bila hadi buang dari pas,Sebab pengiut pas semua cerdik jadi susah hadi nak bung ahli.kah.kah.kah, hadi,hadi ,haron ,haron ,apa kena dengan kamu ni,pergi basuh muka dulu,ambil wuduk,solat sunat dulu agar tak mamai
Anonymous said…
ADUN yang matang...tak seperti di blah pantai timur nun
Anonymous said…
TAJUK PAKATAN BER-4
Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

Membangun Bersama Kepimpinan Cai

Duvid-duvid

Nasharrawy said…
PAS BUKAN AGAMA
Nasharrawy Rawaan JUSTERU PAS BUKAN SEBUAH AGAMA TETAPI PARTI YANG MENUJU KEPADA Ad-dEEN . TETAPI PAS BUKAN Ad-dEEN . JUSTERU DI BOLEHKAN PIHAK LAIN JUGA PERJUANGKAN ISLAM SPT ABIM , JEMAAH TABLIGH ATAU PUN ARQAM VERSI BARU IKUT ISLAM ! KERANA LAPANGAN PERJUANGAN ISLAM ITU CUKUP LUAS ! JUSTERU , ULAMAK BAIK ,PAS BAIK , PUM BAIK, ABIM BAIK , JIM BAIK ; BEGITU JUGA DULU ADA BERJASA DITUBUHKAN OLEH MAT NASIR BEKAS MENTERI BESAR PAS, KELANTAN DAN HAMIM YANG DITUBUHKAN OLEH BEKAS PRESIDEN PAS ASRI ! ; JUSTERU DI PERINGKAT GLOBAL ADA AL IKHWANUL MUSLIMIN, JAMAAT ISLAMI ; HISBULLAH , HAMAS, JIHAD ISLAMI , AL QASSEM DLL SEMUANYA DIBENARKAN WUJUD KERNA SEMUANYA BERSATU MENENTANG KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN ISLAM! NAMUN, SEMUANYA TIADA MAKSUM DAN BOLEH DITEGUR JIKA BIKIN SILAP ; HATTA DIBENARKAN ADA EMPAT MAZHAB DI DALAM ISLAM ! MENGAPA ?? BEGITU PUN, PENDAPAT DR ASRI SENDIRI ADA IKTILAF OLEH ULAMAK LAIN ! KERNA ILMU " DIA' ITU LUAS KERNA " DIA " TIADA MAHU ADA ULAMAK , ADA AMIR DAN ADA JEMAAH ATAU PARTI ; MANA-MANA PARTI SEKALIPUN MENJADI EGO ! , SOMBONG DAN BONGKAK; KALAU KITA PANDAI ADA YG LEBIH PANDAI KERNA HANYA " DIA " SAJA YANG " ALIMUN ! INILAH BASIS PENULISAN ISLAM ; PENULISAN UKRAWI !! DENGAN IZIN "DIA " . " ALLA HU AKBAR! " .

Oleh : Nash Ar-Rawy/26.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com