MB SELANGOR : PAS HANTAR NAMA 3 PEMIMPINNYA BENARKAH BERITA INI????

Star Online melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exconya iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Mohd Yunos Hairi sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan. Ini suatu berita yang perlu disiasat kesahihannya kerana ia jelas bercanggah dengan ketetapan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos yang lalu.

Kita bimbang media elektronik dan internet hari ini sengaja mahu mengeruhkan suasana dan mahu memporak perandakan PR. Sekarang ini banyak sekali berita-berita provokasi dan fitnah yang bergentayangan khususnya di alam maya.

Malaysiakini pula memetik laporan Star Online ini dan menyiarkannya dalam portal tersebut.

Mereka ini sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin PAS dan juga mengujudkan suasana tegang dalam PR. Memang ada portal-portal ini yang mula berubah. Kalau dulu mereka dilihat seolah-olah cenderung untuk membuat laporan dengan tepat dan mendapatkan maklumat dari sumber sahih tetapi kini nampaknya standard mereka mula menghampiri Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Harap pemimpin PAS membuat kenyataan rasmi tentang isu ini. 

Comments