24 May 2013

GAMBAR 2 'BANDUAN' BAIK DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT

Posted On Friday, May 24, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Ini gambar  2 orang 'banduan' baik yang sedang berehat di salah sebuah bilik di Balai Polis Jinjang. Kenalkah anda kepada 2 'banduan' ini.  Seorang bernama Tamrin dan seorang lagi Tian Chua. Seorang masih lagi bergelar YB dan seorang lagi BYB (Bekas YB).

Salah seorangnya bernama Tamrin Ghafar. Dalam kenyataan spontannya selepas ditangkap Polis, Tamrin berkata dulu semasa dia di dalam Umno, macam-macam perkara tak elok dilakukannya. Tetapi tidak pernah pula beliau ditahan dan disiasat Polis. Tetapi kini selepas saya bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan lampau saya ditahan Polis pula.

Masa jahat Polis tak tahan, Masa baik Polis tahan pulak .............


PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR MESTI LETAK JAWATAN SEKARANG

Posted On Friday, May 24, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menggesa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mesti letak jawatan sekarang juga.

"SPR telah mengkhianati amanah rakyat, semua tuntuan Bersih tidak dilaksanakan, mereka mesti letak jawatan"

"Dakwat kekal tak kekal, Daftar Pemilih tidak bersih, media tidak bebas dan berat sebelah, semua itu antara tuntutan rakyat melalui Bersih, SPR gagal dan buat tak reti" ujar Mohammad.

Beliau berkata demikian pada ucapan ringkas sempena Jamuan Kesyukuran PRU 13 anjuran bersama PAS Melaka, PAS Kawasan Bukit Katil dan Pusat Khidmat Adun Bukit Baru di Dataran Kebangkitan Rakyat, Bukit Katil petang semalam.

Jamuan itu mendapat sambutan yang hebat di mana semua juadah habis kerana jumlah kehadiran yang di luar jangkaan. Ini menandakan mood rakyat untu menolak BN semakin hebat lantaran penipuan yang dibuat oleh SPR pada PRU 13 lalu.


23 May 2013

ANWAR AKAN BERHENTI BERJUANG?

Posted On Thursday, May 23, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Anwar akan berhenti berjuang jika rakyat tidak lagi berjuang bersama beliau. Itu antara intipati ucapan beliau pada Himpunan Blackout 505 di Terengganu malam tadi.

Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat. 

NONE"Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena. 

"Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan "blackout 505" yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi. 

NONETurut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Perhimpunan "blackout 505" di Terengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini. 

NONEKetiga-tiga mereka telah ditahan dibawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain individu terbabit, polis turut  menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza.

Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming.

Sumber : Malaysiakini


APAKAH OPERASI LALANG 1987 BERULANG?

Posted On Thursday, May 23, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Pesta tangkap menangkap berlaku sehari dua ini. Bermula dengan Adam Adli, hari ini Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar pula disumbat sama ke lokap bagi menunggu tindakan seterusnya. Mereka akan ditahan sehingga esok

Mereka difahamkan ditahan sehingga jam 11 pagi esok bagi mendapatkan lanjutan tempoh reman. Hebat Malaysiaku ....... hebat Menteri Dalam Negeriku ........Mabuk kuasa atau tamak kuasa atau gila kuasa.

Operasi lalang pada 1987 menyaksikan puluhan pimpinan pembangkang ditangkap atas alasan politik. Pada masa itu yang bergaduh dan buat onar ialah Pemuda Umno dan MCA. 

Akhirnya yang kena tangkap pemimpin PAS, Dap dan pemimpin Umno team B.


BEBAS BEBAS BEBAS BEBASKAN ..........

Posted On Thursday, May 23, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Bebas Bebas Bebas Bebaskan rakyat Malaysia yang ditangkap atas alasan menghasut ......
Bebas Bebas Bebas Bebaskan media kami Harakah, Suara KeADILan dan Roket .....
Bebas Bebas Bebas Bebaskan rakyat ..........


RAMPAS HARAKAH : NAJIB-ZAHID HAMIDI MAHU UJI KESABARAN RAKYAT?

Posted On Thursday, May 23, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Rampasan harakah di seluruh negara hari ini mengingatkan saya insiden selepas PRU tahun 1999, Harakah dikurangkan penerbitan daripada 2 kali seminggu kepada 2 kali sebulan, majalah Detik diharamkan, akhbar Eksklusif ditamatkan penerbitan.

Sedangkan pada 2008, walaupun kalah teruk, Abdullah Ahmad badawi masih sanggup mengembalikan Harakah dari 2 kali sebulan kepada dua kali seminggu. Terima kasih Pak Lah. Najib-Zahid Hamidi mahu menguji kesabaran rakyat ... atau apa?.

Apa sebenarnya kesalahan Harakah? Akta Mesin cetak dan penerbitan (AMCP) yang kononnya telah dipinda masih digunakan untuk menekan suara rakyat.

Dipetik dari tulisan Ahmad Lutfi Othman dalam FB.


22 May 2013

KDN MENGGANAS - HARAKAH DIRAMPAS; TAMRIN, TIAN CHUA DAN HARIS DITAHAN

Posted On Wednesday, May 22, 2013 by Penjana Melaka 1 comments

Kementerian Dalam Negeri (KDN) 'mengganas' hari ini apabila  bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Sudah lama Harakah tidak dirampas. Nampaknya peristiwa hitam ini kembali berulang di saat Umno/BN gagal memenangi 2/3 kerusi pada PRU 13 baru-baru ini, malah prestasinya lebih teruk dari PRU 2008.

Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.

Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.

"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.

Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".

Sementara itu bekas Pengerusi MARA dan Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ditahan Polis sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya dipetik dari laporan Harakahdaily.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.

Sebelum ini  Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.

Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.

 Mungkin ini buah tangan kedua Menteri Dalam Negeri yang baru, Zahid Hamidi untuk dipersembahkan kepada rakyat. Sebelum ini beliau 'menghalau' sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara kita supaya mencari negara lain untuk menjadi tempat tinggal. Hebat beliau ini ..............


PARTI BANDAR VS PARTI KAMPUNG

Posted On Wednesday, May 22, 2013 by Penjana Melaka 1 comments


Parti kampung ialah parti yang menang hanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung. Parti bandar ialah parti yang menang besar di kawasan bandaraya dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Parti kampung ialah parti yang berjuang secara kekampungan dengan budaya sogok, rasuah, adu domba, fitnah dan penipuan. Mereka sering berjanji lebih 12 kali dan pada PRU 13 juga terus berjanji walaupun mungkin ianya tidak ditepati. Parti kampung menjadikan media arus perdana dan tradisional sebagai senjata ampun mereka kerana media-media ini sudah lama menjadi kita rujukan 'muktabar' mereka.


Parti bandar jauh bezanya dengan parti kampung. Parti bandar ialah parti yang menjadikan dasar, perancangan dan manifesto sebagai alat untuk memberitahu rakyat apa yang mereka akan laksanakan jika diberi mandat memerintah. Mereka menggunakan media alternatif seperti blog, FB, Twitter, Whatsapp dan sebagainya sebagai medium penyaluran maklumat mereka. Parti Bandar dihalang dari menggunakan media pencacai arus perdana yang 24 jam membodek parti kampung.

Parti Bandar menggunakan hujah dan bukti untuk dipersembahkan kepada rakyat apa yang mereka hendak lakukan. Parti Bandar menjadikan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (selama 10 bulan) sebagai model dan bukti dasar dan program yang mereka telah laksanakan.

Malangnya Parti Kampung menjadikan video porno, fitnah, penipuan dan cerita-cerita karut untuk memainkan emosi orang Melayu menyokong mereka. Antara momokan mereka ialah jika Parti Bandar menang Cina komunis jadi pemerintah, hak istimewa orang Melayu dihapuskan, agama Islam digantikan dengan agama kristian sebagai agama rasmi dan banyak lagi 'hikayat tahyul dan khurafat' yang mereka jadikan senjata untuk mengelirukan rakyat.

Akhirnya orang bandar menyokong parti bandar dan orang kampung menyokong parti kampung. Dengan lain perkataan orang cerdik, berpelajaran, berpengetahuan dan sebagainya menyokong parti bandar. Sebaliknya orang kurang cerdik, tidak berpelajaran, miskin mudah ditipu dan digula-gulakan oleh parti kampung.


ORANG MELAYU LEBIH KAYA DARI ORANG CINA ....TAK PERCAYA ?

Posted On Wednesday, May 22, 2013 by Penjana Melaka 0 comments


Ada orang Cina tanya aku ,antara Cina dengan Melayu ,siapa lagi kaya ?
Aku jawap ,mestilah Cina! Sebab Cina rajin dan komited dalam sesuatu usaha dan akan pastikan dia berjaya .

Cina tu jawap , tak! Melayu lagi kaya...

Sebab Melayu tolak pendidikan percuma ,Melayu tolak penghapusan tol ,Melayu tolak minyak murah ,Melayu suka harga barang naik ,Melayu sayangkan kereta lama dan Melayu sayang dan cintakan GST.

Yang paling kaya ialah Melayu Umno, sebab mereka bermati-matian mempertahankan BN supaya semua janji PR tidak menjadi kenyataan. Kalau PR menang pun Melayu Umno ini tak perlu ambil itu semua, sebab mereka memang kaya raya, millionaire malah ramai yang jadi billionaire terutama di kawasan pedalaman.

Sumber : FB Rakan-Rakan


21 May 2013

GAJI KETUA MENTERI NAIK : RAKYAT SANGAT BERSETUJU!!!!

Posted On Tuesday, May 21, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

Dengar cerita gaji salah seorang Ketua Menteri di Malaysia naik dengan banyak. Tak salah dari RM13,000 jadi RM39,000. Baguslah kan. Memang Ketua Menteri tu banyak kerja dan gaji sebelum itu tidak cukup. Sebab dia memang seorang Ketua Menteri yang zuhud, miskin dan tawadhuk.

Gaji rakyat tidak perlu dinaikkan dengan banyak sebab rakyat tidak tahu guna duit. Barang-barang keperluan pun semua murah-murah malah selalu harga barangan keperluan turun tak pernah naik-naik. Rakyat kalau diberi banyak duit pun tidak tahu guna dan boros, mereka tidak tahu menguruskan wang. Jadi tidak perlulah rakyat dinaikkan gaji mereka. Tidak ada pun naikkan gaji rakyat.

Rakyat juga memang faham dan suka gaji Ketua Menteri dinaikkan. Memang patut Ketua Menteri dapat gaji banyak sebab dia banyak kerja. Ke sana ke mari guna duit bantu rakyat. Mana ada lagi rakyat yang susah dan miskin di negeri tersebut. Semua  berpendapatan puluhan ribu ke atas.

Ketua Menteri sudah lama ikat perut sebab gaji tidak cukup. Dia sudah lama naik motorsikal dan basikal ke pejabat. Hebat sungguh dia berjimat. Dia ramai anak untuk dihantar ke sekolah. Mujur juga pendidikan di Malaysia ini semua percuma dari tadika sampai ke Universiti.

Fikirkanlah ..........


CERITA PERTEMUAN ADAM ALI DAN AYAHNYA

Posted On Tuesday, May 21, 2013 by Penjana Melaka 0 comments

As'salam ... maaf lambat beri maklumat (tapi org lain dah lapurkan dulukan?) 

jadual bersama peguam hari ini padat, dan ambik masa yang lama baru dapat jumpa Adam .. prosuding PDRM banyak ...

ayah dgn Dtk Ambiga, Fadiah Nadwa Fikri dan Murni (Peguam) .. tapi hanya ayah dan Fadiah dapat masuk jumpa Adam Adli ..

Bila dapat jumpa, dihalang oleh cermin ... kena cakap ikut lubang kecil sambil berdiri

Ayah : abggggg ... (tahan sebak & senyum)
AA : (Senyum) ... ayah

AA : Ayah apa khabar kawan-kawan seperjuangan abg kat luar, mereka ok??, selamat ?? Mama, Amin, Amar, .. dan rakan2 Bangsar ok ?
Ayah : Baik, merka semua ok .. Mama kirim salam sayang .. adik2 ok ... rakan2 abg bersemangat semuanya ... mereka kirim salam .. Abg OK? Mandet yg bantu ayah urus Peguam .. khalid buat Pesta kat depan Lokap tiap malam .. (sambil kami gelak sama2)

AA : (tunduk) ok ... (sambil tu angguk) ... Cakap kat kawan2 abg, abg minta maaf banyak2 dah buat mereka susah kerna abg ..
Ayah : ok ... insaallah .. tak pe bang ... ok-ok ..

Ayah : Be strong sayang .. abg kuat .. U are my son .. ayah percaya abg kuat.
AA : ok .. bagi tahu kat member, terus berjuang .. ini adalah satu permulaan .. ya be strong ... sambil buat genggaman penumbuk depan cermin.

** ayah bergurau dgn dia kejap (yg ni tak payah sebut detail)

*** 5 minit pertama habis ...

ayah suruh Fadiah ambil tempat pula bertanya hal2 berkaitan guaman ...

sambil tu ayah pula tunjuk gambar sokongan rakyat malam semalam, depan lokap yg minta Adam dibebaskan .. dia ceria dan teruja .. sambil senyum dia beri isyarat ibu jari ..

*** 5 minit kedua habis ... (Polis penjaga bagi tahu, tinggal 5 minit lagi Encik)

ayah cakap balik dgn Adam .. sambil sesekali ayah bagi Fadiah ikut sama ..

Ayah : ada abg nak pesan apa2 pada org kat luar ??.. pada kawan2 ..??
AA : cakap kat mereka lagi 2 hari abg keluar .. kite sambung perjuangan yang belum selesai ..

Ayah : ok .. lagi ... untuk member2 aktivis abg pulak, abg nak pesan apa-apa??
AA : ayah cakap kat mereka ENJOY ..

Ayah : Enjoy ???
AA : ya .. enjoy .. cakap aje ...
Ayah : ok .. nnt ayah bagi tahu ..
AA : Kat Mama .. kirim salam ... cakap kat Mama, abg Ok ..

ayah bagi Fadiah cakap semula ( masa dah nak abis) ..

sambil tu ayah cakap nak bagi air minuman, kek dan coklat yang rakan2 dia beri dan yang ayah belikan ... (tapi tiada ruang nak bagi) ...

*** Masa lawatan tamat ...

Serentak ayah dan Adam angkat Ibu Jari dua-dua tangan kedepan cermin ... (tanda GOOD dan BAGUS).. Adam sambil senyum terus angkat ibu jari, serentak bergerak menjauhi dinding kaca ...

** ayah dan Fadiah serah roti kek kecil, air2 minuman dan coklat kepada Polis bertugas .. sambil minta Isp Saiful berikan anda ... dia setuju ...


FB : Halim Hamid


KEPIMPINAN ADALAH SUATU AMANAH

Posted On Tuesday, May 21, 2013 by Penjana Melaka 0 comments


Kepimpinan suatu amanah yang sangat besar akan ditanya oleh Allah di Akhirat kelak. Apakah kita telah menjalankan tanggungjawab tersebut dengan amanah, jujur, telus, ikhlas, adil dan sebagainya.

Kepimpinan memerlukan ilmu, ikhlas, tawadhuk, ihsan dan lain-lain.

Kepimpinan memerlukan berbagai seni bagi menghadapi sepakterajang perjuangan dari dalaman dan luaran. Seni berkomunikasi, seni berunding, seni bertolak ansur, seni mendengar, seni berpidato, seni berlapang dada, seni merendah diri, seni ketegasan dan sebagainya.

Bekalkan diri kita dengan semuanya semaksimum mungkin bagi memastikan kita sebagai pemimpin yang beramanah dan bertanggungjawab.

Semua kita adalah pemimpin. Serendah-rendah kepimpinan ialah memimpin rumah tangga dan memimpin diri sendiri.


JEMPUT KENDURI KESYUKURAN PRU 13, PADA 24 MEI, 5 PETANG

Posted On Tuesday, May 21, 2013 by Penjana Melaka 0 comments
















JEMPUT MAKAN KENDURI PADA 24 MEI JUMAAT INI JAM 5.00 PETANG DI DATARAN KEBANGKITAN RAKYAT DI HADAPAN DEWAN TUN ALI. 

AJAK KAWAN-KAWAN DAN SAUDARA-MARA UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN KENDURI INI.

TETAMU JEMPUTAN HJ MOHD SABU DAN SEMUA WAKIL RAKYAT PR MELAKA.


20 May 2013

SEDIKIT KUASA JADIKAN KAMU TAKBUR

Posted On Monday, May 20, 2013 by Penjana Melaka 2 comments

Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.

Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.

Sedikit kuasa yang ada boleh melupakan manusia kepada Allah dan dirinya sendiri. Bercakap dengan nada yang bongkak, sombong dan brutal. Rakyat sedang memerhati tingkah laku kamu. Sampai bila kamu boleh berkelakuan sombong. Satu hari kamu akan kehilangan kuasa samada sebab mati atau sudah tua tak laku lagi.

Rakyat hanya mahukan keadilan dan pemimpin yang telus serta berintegriti. Kalau hendak berhujah , berhujahlah dengan fakta, data dan tidak emosi. 


BERITA YANG DISEMBUNYIKAN : BN HILANG DEPOSIT DI 2 KERUSI.

Posted On Monday, May 20, 2013 by Penjana Melaka 0 comments


Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19
PERATUS PENGUNDIAN:87.40%
MAJORITI:13,600


N.13 Berapit

NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32
PERATUS PENGUNDIAN:86.70%
MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum ini.


VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

MUTALIGAT ...Telus dan Tepat Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha